THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, August 12, 2014

Bab : Hampir tibanya fitnah dan terbukanya dinding Ya'juj dan Ma'juj

1. Bersumber dari Zainab binti Jahsy, bahwa Nabi saw terjaga dari tidurnya sambil bersabda, "La ilaaha illallah. Celakalah bangsa Arab, kerana kejahatan telah dekat. Hari ini sebahagian Ya'juj dan Ma'juj terbuka sekian ini".Dan Sufyan (perawi hadits ini) melingkarkan jarinya membentuk angka sepuluh (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari).
           Aku (Zainab binti Jahsy) berkata: "Wahai Rasulullah, dapatkah kami binasa, sedangkan di tengah-tengah kami ada orang-orang yang soleh?"
Beliau bersabda: "ya, jika banyak kemaksiatan."

2. Bersumber dari Zainab binti Jahsy - isteri Nabi saw berkata : "Suatu hari Rasulullah saw keluar dengan ketakutan dan merah wajahnya sambil bersabda : "La ilaaha illallah. Celakalah bangsa Arab kerana kejahatan telah dekat. Hari ini dinding Ya'juj dan Ma'juj terbuka sekian." Dan beliau membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari. Aku bertanya: "Wahai Rasulullah, dapatkah kami binasa, sedangkan di tengah-tengah kami ada orang-orang yang soleh?"
Beliau menjawab : Ya, juka banyak kemaksiatan

3. Bersumber dari Abu Hurairah dari Nabi saw, beliau bersabda, "Hari ini dinding ya'juj dan Ma'juj terbuka sekian." Wuhaib (perawi hadits ini) Melingkarkan jarinya membentuk angka sembilan puluh (menekuk jari telunjuk sampai ke pangkal ibu jari

M/S 879-881
 

0 comments: